Page 6 - PERATURAN BOLA TAMPAR
P. 6
6.4.2.1 Sekiranya bermain semula di gelanggang yang sama,
set yang tergendala akan disambung semula dengan
mata, pemain dan kedudukan pemain yang sama.
6.4.2.2 Set yang telah dimainkan dahulunya dikekalkan
keputusannya.
6.4.2.3 Sekiranya perlawanan dimainkan di gelanggang yang
lain, set yang sedang dimainkan dikira batal dan
dimainkan semula dengan pemain-pemain yang
sama.
6.4.2.4 Set yang telah dimainkan dahulu dikekalkan
keputusannya.
6.4.3 Sekiranya berlaku gangguan perlawanan melebihi 1 jam, maka
keseluruhan perlawanan akan dimainkan semula.
6.4.4 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SIPMA adalah
mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah jadual
dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan serta- merta.
6.4.5 Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan, Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan SIPMA akan menetapkan semula
perlawanan yang ditangguhkan itu.
6.5 Kelewatan
6.5.1 Senarai nama pemain pasukan hendaklah diserahkan kepada
meja urus setia Bola Tampar sebelum masa perlawanan bermula.
6.5.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang
ditetapkan.
6.5.3 Hukuman kepada pasukan yang lewat mengikut jadual yang telah
ditetapkan akan berpandukan Undang-Undang Rasmi Bola
Tampar 2021-2024 Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa
(Official Volleyball Rules 2021-2024 Fédération Internationale de
Volleyball – FIVB).
6.5.4 Setiap pasukan hendaklah melaporkan diri di gelanggang
perlawanan tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.
6.5.5 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di gelanggang
enam belas (16) minit sebelum perlawanan dimulakan.
Kemenangan percuma (25-0; 25-0; 25-0) dengan 2 mata akan
diberikan kepada mana-mana pasukan yang berjaya berada di
gelanggang selepas lima belas (15) minit dari masa sesuatu
Kemaskini: 13 Jun 2025