Page 11 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 11
Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
21.4. Segala bantahan mengenai kesahihan status peserta tidak boleh dibuat
oleh mana-mana pihak setelah diterima dan disahkan oleh Sekretariat
SIPMA.
21.5. Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlak memeriksa
kelayakan peserta-peserta yang didaftarkan pada bila-bila masa. Sekiranya
terdapat peserta yang tidak layak menyertai temasya ini seperti yang
tercatat dalam Peraturan Am SIPMA dan Peraturan Pertandingan tindakan
berikut akan diambil:-
21.5.1 Pembatalan dari temasya itu. Jika peserta itu mewakili pasukan,
pasukan itu akan dibatalkan dan jika peserta itu mengambil
bahagian di dalam acara individu, beliau akan dibatalkan. Jika
pasukan / individu yang dibatalkan memenangi pingat,
kemenangan tersebut akan dibatalkan dan pingat-pingat yang
dimenangi akan ditarik balik.
11
DIKEMAS KINI PADA 13 JUN 2025 MESYUARAT TEKNIKAL SIPMA BIL. 1/2025

