Page 6 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 6
Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
dari segi pentafsiran, maka pengertian sahih akan dirujuk kepada peraturan
dalam Bahasa Inggeris.
9.3. Pertandingan bagi semua jenis sukan hendaklah diselesaikan mengikut
tempoh SIPMA seperti yang ditetapkan perkara 10.1 atau pada tempoh
yang dipersetujui oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.
9.4. Penetapan bilangan kumpulan bagi semua sukan akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal sukan masing-masing.
10. TEMPOH PENGELOLAAN / JADUAL PERLAWANAN
10.1. Temasya SIPMA ini akan berlangsung selama lapan (8) hari termasuk hari
pendaftaran masuk, penyesuaian padang/gelanggang dan pendaftaran
keluar.
10.2. Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa
dan tempat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
11. PENANGGUHAN
11.1. Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/jadualkan tidak
boleh diminta Tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil
bahagian.
11.2. Jawatankuasa Pengelola SIPMA adalah mempunyai kuasa mutlak untuk
menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu
terlebih dahulu atau diputuskan serta merta.
11.3. Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan menurut para 11.2 di atas,
maka Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan bagi sukan berkenaan
membuat keputusan.
12. KEMUDAHAN
12.1. Jawatankuasa Pengelola bertanggungjawab menyediakan semua
kemudahan yang berkaitan dengan pelaksanaan SIPMA seperti
penginapan, makan, minum dan peralatan pertandingan.
6
DIKEMAS KINI PADA 13 JUN 2025 MESYUARAT TEKNIKAL SIPMA BIL. 1/2025

