Page 8 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 8
Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
mungkin berlaku kepada mana-mana peserta dan pegawai semasa
Kejohanan SIPMA berlangsung termasuk perjalanan ke rumah / tempat
pertandingan / rumah.
15. JURI RAYUAN
15.1. Semasa Temasya SIPMA berlangsung tugas-tugas Jawatankuasa Induk
akan dilaksanakan oleh sebuah Juri Rayuan yang dilantik oleh Sekretariat.
Anggota Juri Rayuan terdiri daripada tidak kurang daripada lima (5) orang
dan tidak lebih dari tujuh (7) orang ahli iaitu seperti berikut:
Pengerusi - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian
Pendidikan Malaysia / Setiausaha Bahagian Perancangan
Strategik Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia atau wakilnya.
Ahli-ahli - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.
- Ketua Urus Setia SIPMA atau wakilnya.
- 2 orang Ketua Kontinjen yang tidak terlibat atau wakilnya.
- Tidak lebih daripada dua (2) orang yang diiktirafkan
sesuai oleh pengerusi.
15.2. Juri Rayuan akan membuat keputusan muktamad berkenaan dengan
semua hal berhubung dengan pengelolaan SIPMA. Ketua kontinjen atau
wakilnya boleh mengemukakan bantahan kepada juri ini.
15.3. Jawatankuasa Pengelola hendaklah melantik Juri Rayuan bagi tiap-tiap
jenis sukan yang dipertandingkan.
16. JAWATANKUASA BANTAHAN
16.1. Jawatankuasa bantahan terdiri daripada lima (5) orang seperti berikut;
16.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SIPMA atau wakil dari kalangan
ahli Jawatankuasa Teknikal
8
DIKEMAS KINI PADA 13 JUN 2025 MESYUARAT TEKNIKAL SIPMA BIL. 1/2025

