Page 7 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 7
Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
12.2. Pakaian dan peralatan sukan peserta adalah menjadi tanggungjawab
kontinjen masing-masing.
12.3. Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengemukakan senarai kemudahan /
tempat pertandingan dan senarai peralatan sukan yang akan digunakan
untuk tujuan pertandingan kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapat pengesahan.
13. PENGARAH PERTANDINGAN DAN DELEGAT TEKNIKAL
13.1. Jawatankuasa Pengelola SIPMA akan melantik seorang Ketua Delegat
Teknikal dan seorang Pengarah Pertandingan.
13.2. Tanggungjawab Ketua Delegat Teknikal adalah seperti berikut:-
13.2.1. Melantik pegawai-pegawai teknikal dan pengadil / hakim
setelah berbincang dengan Jawatankuasa Pengelola.
13.2.2. Melawat dan mengesahkan tempat-tempat pertandingan
supaya sesuai digunakan untuk pertandingan SIPMA.
13.2.3. Menyemak dan mengesahkan jadual-jadual pertandingan yang
disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
13.2.4. Menentukan giliran tugasan pegawai-pegawai teknikal seperti
pengadil / hakim yang dilantik di bawah para 13.2.1.
13.3. Tanggungjawab Pengarah Pertandingan ialah untuk menentukan segala
persiapan Teknikal dan Pertandingan disedia dan dilaksanakan mengikut
Peraturan Tetap dan Peraturan Am SIPMA serta panduan-panduan yang
ditetapkan oleh Peraturan Pertandingan Sukan masing-masing dengan
kerjasama Jawatankuasa Pengelola.
14. GANTI RUGI
14.1. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia, Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa-
jawatankuasa kecil dan pegawai-pegawai yang dilantik tidak
bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang
7
DIKEMAS KINI PADA 13 JUN 2025 MESYUARAT TEKNIKAL SIPMA BIL. 1/2025

