Page 9 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 9

Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025

                            16.1.2  Pengerusi Permainan SIPMA atau penyelaras Teknikal Permainan

                                     SIPMA

                            16.1.3  Tiga  orang  Pengurus  Pasukan  permainan  berkenaan  yang

                                      berkecuali

               17.  RAYUAN / BANTAHAN


                     17.1.  Sebarang  rayuan  atau  bantahan  boleh  dibuat  oleh  Ketua  Kontinjen/
                            Pengurus Pasukan secara bertulis kepda Juri Rayuan Induk dalam tempoh
                            tidak  lebih  dari  dua  jam  selepas  tamat  sesuatu  perlawanan  dengan

                            disertakan wang tunai sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus
                            Sahaja)


                     17.2.  Sekiranya  rayuan  atau  bantahan  itu  munasabah  dan  diterima  oleh  Juri
                            Rayuan, maka wang pertaruhan tersebut dikembalikan dan satu Keputusan
                            akan dibuat berhubung dengan rayuan dan bantahan itu.


                     17.3.  Wang pertaruhan itu akan hilang dan menjadi pendapatan kepada SIPMA
                            sekiranya rayuan atau bantahan itu ditolak.



               18.  JAWATANKUASA DISIPLIN


                     18.1  Setiap  Jawatankuasa  Pertandingan  yang  terlibat  hendaklah  menubuhkan
                            sebuah  Jawatankuasa  Disiplin  bagi  mengendalikan  kes-kes  disiplin
                            dikalangan pegawai dan peserta. Disamping itu, Jawatankuasa Induk akan

                            melantik sebuah Lembaga Disiplin bagi mengendalikan segala kes disiplin
                            para  pegawai  serta  atlet  yang  tidak  dapat  diselesaikan  di  peringkat
                            kontinjen  masing-masing.  Lembaga  ini  juga  bertanggungjawab  terhadap

                            disiplin semua pegawai kontinjen yang berdaftar dengan Urus Setia SIPMA.

                     18.2     Keahlian jawankuasa disiplin ialah seperti ;-


                              Pengerusi   -        Ketua  Pengarah  Pelajaran  Malaysia,  Kementerian
                                                   Pendidikan  Malaysia  /  Ketua  Pengarah  Pendidikan

                                                   Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau
                                                   wakilnya.


                                                                                                         9
               DIKEMAS KINI PADA 13 JUN 2025 MESYUARAT TEKNIKAL SIPMA BIL. 1/2025
   4   5   6   7   8   9   10   11