Page 2 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 2

Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
                              Jawatankuasa Induk dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kecil
                              yang  ditubuhkan.    Jawatankuasa  Induk  (Perkara  5.1.  Peraturan  Tetap

                              SIPMA) ditubuhkan oleh Jawatankuasa Induk SIPMA untuk meneliti dan
                              membuat keputusan bagi pihak Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa
                              Pengelola  SIPMA  sekiranya  terdapat  perkara-perkara  berbangkit  yang

                              boleh menjejaskan perjalanan kejohanan SIPMA.

               3.    JENIS SUKAN


                     3.1.     Sebanyak tujuh (8) jenis sukan daripada Sukan Teras dan dua (2) sukan
                              pilihan dipertandingkan di SIPMA seperti berikut;



                                                                                            Teras /
                              Bil        Jenis Sukan                 Kategori
                                                                                            Pilihan
                               1  Akuatik (Renang)           Lelaki dan wanita               Teras
                               2  Badminton                  Lelaki dan wanita               Teras
                               3  Bola Sepak                 Lelaki                          Teras
                               4  Sepak Takraw               Lelaki                          Teras
                               5  Boling Tenpin              Lelaki dan wanita               Teras
                               6  Hoki                       Lelaki dan wanita               Teras

                               7  Olahraga                   Lelaki dan wanita               Teras
                               8  Bola Jaring                Wanita sahaja                   Teras
                               9  Bola Tampar                Lelaki dan Wanita              Pilihan
                              10  Memanah                    Lelaki dan Wanita              Pilihan

               4.    PENYERTAAN / KELAYAKAN PESERTA


                     4.1.  Setiap  kontinjen  dimestikan  menyertai  semua  jenis  sukan  yang  telah
                            ditetapkan  oleh  Jawatankuasa  Induk  SIPMA  di  bawah  Peraturan  Tetap
                            SIPMA Perkara 9.1.


                     4.2.  Penyertaan  terbuka  kepada  semua  pelajar  warganegara  Malaysia  yang
                            berumur  di  bawah  23  tahun  yang  berdaftar  dan  belajar  secara  sepenuh

                            masa  di  bawah  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  dan  Kementerian
                            Pendidikan Tinggi Malaysia.


                     4.3.  Semua  pasukan  hendaklah  mengemukakan  dua  (2)  salinan  borang
                            pendaftaran peserta.




                                                                                                         2
               DIKEMAS KINI PADA 13 JUN 2025 MESYUARAT TEKNIKAL SIPMA BIL. 1/2025
   1   2   3   4   5   6   7