Page 3 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 3
Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
4.4. Peserta gantian boleh dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran iaitu
semasa taklimat Pengurus Pasukan.
4.5. Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama
peserta dengan Kad Pengenalan atau dokumen pendaftaran JPN 1/9 atau
JPN 1/11 atau Kad Matrik Pelajar (kecuali MSSM). Tambahan kepada
bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.
4.6. Senarai peserta yang didaftarkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan
adalah muktamad. Selepas taklimat pengurus pasukan, permohonan
pertukaran/gantian peserta tidak dibenarkan.
4.7. Setiap atlet dibenarkan mengambil bahagian dalam satu (1) jenis sukan
sahaja.
4.8. Semua atlet yang pernah mewakili Negara di pertandingan antarabangsa
dikenakan syarat seperti berikut:-
4.8.1 Bagi sukan olahraga dan renang atlet acara individu tidak
dibenarkan untuk menyertai lebih daripada dua (2) acara
perseorangan dan dua (2) acara berpasukan /relay.
4.8.2 Bagi sukan badminton, seorang pemain boleh menyertai dua (2)
acara sahaja yang mempunyai acara perseorangan, beregu,
beregu campuran dan berpasukan, seorang pemain hanya
dibenarkan mengambil dua (2) acara sahaja. Seorang pemain
masih dianggap mengambil bahagian dalam satu acara jika
menyertai acara berpasukan walaupun bermain dalam
perseorangan dan beregu.
4.8.3 Atlet-atlet yang mewakili negara di Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan
Komenwel dan Sukan Olimpik sahaja yang tertakluk dengan syarat-
syarat dan peraturan di atas. Atlet yang mewakili negara dalam
semua kejohanan peringkat umur remaja dan belia di peringkat
antarabangsa adalah dikecualikan daripada syarat-syarat ini.
3
DIKEMAS KINI PADA 13 JUN 2025 MESYUARAT TEKNIKAL SIPMA BIL. 1/2025

