Page 5 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 5
Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM),
Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM), Majlis Sukan IPTS
Malaysia (MASISWA) dan Majlis Sukan Kolej Vokasional Malaysia
(MASKoV).
7. KAWALAN PERUBATAN
7.1. Semua peserta dalam semua jenis sukan dikehendaki menjalani
pemeriksaan perubatan dengan mengemukakan Sijil atau Surat Pengakuan
Doktor kepada Jawatankuasa Pertandingan. Pemeriksaan hendaklah dibuat
di tempat masing-masing sebelum datang ke pertandingan.
7.2. Ujian doping akan dijalankan secara rambang ke atas atlet semasa
Kejohanan SIPMA dijalankan.
7.3. Jika seseorang peserta itu mewakili pasukan/ mengambil bahagian dalam
acara individu didapati gagal ujian doping, pasukan/ penyertaan peserta
tersebut dengan sendirinya akan terbatal. Sekiranya pasukan/individu yang
dibatalkan turut memenangi pingat, kemenangan tersebut akan juga turut
terbatal dan pingat-pingat yang dimenangi akan ditarik balik. Pingat-pingat
dan mata akan dianugerahkan kepada peserta-peserta terbaik berikutnya.
8. KAWALAN KEWANITAAN
8.1. Seseorang peserta jika dikehendaki oleh Jawatankuasa Pengelola SIPMA
untuk membuat pemeriksaan kewanitaan, hendaklah patuh kepada
peraturan ini.
9. PERATURAN PERTANDINGAN
9.1. Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia selaku Sekretariat SIPMA, dengan kerjasama Jawatankuasa
Teknikal SIPMA akan menetapkan format pertandingan bagi semua sukan
yang dipertandingkan dalam SIPMA ini.
9.2. Semua jenis sukan / acara akan dikelolakan selaras dengan Peraturan
Badan Sukan Antarabangsa yang berkenaan. Jika terdapat percanggahan
5
DIKEMAS KINI PADA 13 JUN 2025 MESYUARAT TEKNIKAL SIPMA BIL. 1/2025

