Page 4 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 4

Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
                     4.9.  Bagi  pelajar-pelajar  di  bawah  Program  Pra  Universiti  di  Sekolah  Sukan
                            Malaysia,  mereka  hendaklah  mewakili  MSSM.  Pelajar  yang  tidak  terpilih

                            mewakili MSSM juga boleh mewakili Majlis Sukan lain di bawah KPM iaitu
                            MSIPGM, MSMM dan MASKoV dengan kebenaran majlis sukan tersebut.


                     4.10.  Tiap-tiap  kontinjen  dikehendaki  mengemukakan  borang  penyertaan
                            mengikut jenis sukan kepada pihak pengelola tidak lewat daripada empat
                            belas (14) hari daripada Tarikh kejohanan SIPMA.


                     4.11.  Borang-borang penyertaan yang lengkap dengan nama peserta dan lain-
                            lain maklumat yang diperlukan hendaklah diisi melalui sistem pendaftaran
                            atas talian oleh kontinjen masing-masing kepada pihak pengelola satu (1)

                            minggu  sebelum  tarikh  kejohanan  SIPMA.    Pertukaran  peserta  boleh
                            dibuat  semasa  taklimat  Pengurus-pengurus  Pasukan  sebelum  sukan
                            bermula.


               5.    BILANGAN PEGAWAI / PESERTA


                     5.1    Bilangan  pegawai  dan  peserta  mengikut  jenis-jenis  sukan  ialah  seperti
                            berikut:



                                                             ATLET        PEGAWAI  JUMLAH
                              BIL      JENIS SUKAN
                                                             L      W        L/W           L/W
                               1.    Akuatik (Renang)       15     15          4            34
                                                             8
                                                                    8
                               2.    Badminton              20     ****        4            20
                                                                                            26
                                                                               6
                               3.    Bola Sepak
                               4.    Boling Tenpin           4      4          3            11
                               5.    Bola Jaring            ****   12          3            15
                                                                               8
                               6.    Hoki                   18  60  18        10            44
                               7.    Olahraga
                                                                                            70
                               8.    Sepak Takraw           15     ****        4            19
                               9.    Bola Tampar            14     14          8            36
                               10.   Memanah                 8      8          4            20
                                          JUMLAH            162    79         54           295
               6.    PENDAFTARAN


                     6.1.  Tiap-tiap  kontinjen  bagi  tiap-tiap  jenis  sukan  hendaklah  mendaftarkan
                            nama-nama  pegawai  dan  peserta  masing-masing  kepada  Jawatankuasa
                            Pengelola  SIPMA  melalui  majlis  sukan  masing-masing  iaitu  Majlis  Sukan

                            Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia
                            (MSIPGM),  Majlis  Sukan  Matrikulasi  Malaysia  (MSMM),  Majlis  Sukan


                                                                                                         4
               DIKEMAS KINI PADA 13 JUN 2025 MESYUARAT TEKNIKAL SIPMA BIL. 1/2025
   1   2   3   4   5   6   7   8   9